Sedikit Sebanyak Mengenai Syarikat Kami.

Tentang Kami

Pengenalan

            FMZ Net Solutions ditubuhkan pada 7 Mac 2007 dengan beridentitikan syarikat milik perseorangan, Noor Fazzle bin Mohd Zawawi dibawah Akta Pendaftaran Perniagaan (ROB) 1956 (pindaan 1987). FMZ Net Solutions juga telah berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) atas no. rujukan pendaftaran 357-02160476.

            FMZ Net Solutions adalah sebuah syarikat bertaraf bumiputera yang mana teras utama syarikat adalah dalam bidang membaikpulih dan membekalkan barangan komputer dan laptop kepada pelanggan.

            FMZ Net Solutions mempunyai pekerja yang kreatif, berpengetahuan serta berpengalaman luas untuk menyiapkan apa juga masalah yang ditugaskan yang berkaitan dengan komputer dan juga laptop.

            FMZ Net Solutions juga yakin mampu berkembang maju atas tekad dan semangat untuk melihat syarikat bumiputera melibatkan diri dalam dunia perniagaan. Berdasarkan pengalaman yang dimiliki, kami yakin dapat memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan samada dari sudut kualiti, perkhidmatan, produk, nilai kerja serta pengurusan syarikat. Wawasan kami adalah untuk memastikan semua pelanggan mendapat kepuasan setimpal dengan perkhidmatan yang diberikan.

Visi

Menjadi syarikat ICT yang Berdedikasi dan Berdaya Maju

Misi

Melaksanakan tugas dengan Amanah dan Jujur

Falsafah

Kami berusaha untuk memastikan kakitangan kami supaya sentiasa memberikan yang terbaik bagi memenuhi kepuasan pelanggan dan permintaan di masa hadapan.

Testimonials

Peralatan Komputer Yang Dijual Murah Dan Berkualiti. Memang Berbaloi baloi

Farhan

Saya Amat Gembira Dan Berpuas Hati Dengan Servis yang Telah Diberikan. Jika Diberi Rating Dari 1 hingga 10. Saya Bagi 9.

Kak Zu

Pelawat

Today22
Yesterday73
Week188
Month1058
All6498