
Kelate Solutions merupakan syarikat hosting dan web design yang pertama di kelantan. Kelate Solutions merupakan anak syarikat FMZ Net Solutions dan ditubuhkan pada 13 Februari 2012. Kelate Solutions mendapat nama sempena nama negeri ia ditubuhkan iaitu negeri kelantan. Kelate Solutions ditubuhkan oleh Pengurus Syarikat FMZ Net Solutions, Noor Fazzle bin Mohd Zawawi.
Kelate Solutions ditubuhkan bermatlamat untuk memastikan semua peniaga di Kelantan mempunyai identiti internet mereka sendiri. Internet telah menjadi suatu keperluan yang sangat penting dalam kehidupan seharian. Kelate Solutions akan membantu usahawan di kelantan supaya dapat memperkenalkan produk mereka di seluruh dunia.
Kelate Solutions mempunyai pekerja yang kreatif, berpengetahuan serta berpengalaman luas didalam bidang web dan hosting untuk menyelesaikan apa jua masalah yang berkaitan dengan hosting atau web design.
Kelate Solutions juga yakin mampu berkembang maju atas tekad dan semangat untuk melihat rakyat kelantan mampu melibatkan diri didalam perniagaan online serta mempromosikan syarikat keseluruh dunia. Berdasarkan pengalaman yang dimiliki, kami yakin dapat memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan kami samada dari sudut kualiti, perkhidmatan dan bantuan. Wawasan kami adalah untuk memastikan semua pelanggan kami mendapat kepuasan.
Kelate Solutions boleh dilayari di http://www.kelatesolutions.com/

Kami Juga Menyediakan Website Pakej Untuk Anda. Disamping itu kami juga membuat perkhidmatan hosting untuk anda.

Kami juga membekalkan peralatan fotostat yang berjenama untuk anda. Pastinya bermutu dan berkualiti dari FMZ Net Solutions