- / Tahniah Harimau Muda

 

Tahniah Diucapkan kepada harimau muda kita kerana berjaya mengalahkan garuda. Persembahan yang baik dan mantap telah ditunjukkan oleh pemain pemain kita membuktikan bahawa Malaysia juga merupakan pasukan yang kuat di ASIA dan bukan calang calangnya

 

Ketinggalan seawal minit kelima sekadar menyemarakkan api semangat skuad Ong Kim Swee untuk bangkit mengatur serangan. Strategi coach Ong meletakkan Asraruddin sebagai pemain sayap nyata menjadi apabila pemain itu berjaya memainkan peranan penting dengan beberapa cubaan dan hasilnya gol penyamaan muncul pada minit ke 33 hasil tandukan mencecah tanah dari beliau.

Nyata sekali malam semalam bukan malam yang indah untuk Ahmad fakir Saarani apabila beliau gagal menyerlah dan melepas beberapa peluang keemasan dan malang menimpa lagi apabila sepakan penalty yang diambil beliau berjaya di tampan penjaga gol Indonesia. Khairul Fahmi muncul menjadi wira apabila menyelamatkan tendangan kelima pemain Garuda Muda. Baddrol tenang menyepak gol kemenangan untuk menyaksikan Malaysia membisukan Garuda di Stadium Gelora mereka dan mengekalkan pingat emas yang dimenangi dua tahun lalu.

Gelora yang diwujudkan di Stadium Bung Karno nyata tidak melemahkan semangat juang pemain muda kita dengan aksi yang cukup kemas. Pemain sudah memberi 200% dalam perlawanan semalam dan Malaysia menang hasil sepakan penalti 4 – 3 setelah kedudukan 120 minit terikat satu sama.

Sumber:

http://www.arenabolasepak.com/2011/11/22/patahnya-sayap-garuda-bahana-harimau-muda/

.

Testimonials

Peralatan Komputer Yang Dijual Murah Dan Berkualiti. Memang Berbaloi baloi

Farhan

Saya Amat Gembira Dan Berpuas Hati Dengan Servis yang Telah Diberikan. Jika Diberi Rating Dari 1 hingga 10. Saya Bagi 9.

Kak Zu

Pelawat

Today22
Yesterday73
Week188
Month1058
All6498